LANGKAH 1

  • Layari Laman Web Rasmi Warisan Senin-Khanipah di http://seninkhanipah.net.

LANGKAH 2

Kotak Log Masuk

  • Klik perkataan "Buat akaun" dalam kotak seperti tertera di atas.

LANGKAH 3

Contoh pengisian maklumat

  • Isikan semua maklumat yang diperlukan ke dalam semua kotak yang disediakan.
  1. Nama : MASUKKAN NAMA PENUH
  2. Nama Pengguna : Masukkan nama pengenalan diri atau nama yang mudah diingat untuk tujuan log masuk. Hendaklah ditulis dalam satu perkataan tanpa ada ruang kosong diantaranya. Contoh: namaku, nama-ku, nama_ku
  3. E-Mail : Masukkan alamat e-mel yang aktif. Sekiranya belum mempunyai alamat e-mel, anda disyorkan untuk mendaftarkan e-mel di GMAIL.COM. Andai tidak tahu cara-caranya, sila berhubung dengan Fauzi Ahmad Ghazali (019-7078302) untuk dapatkan bantuan.
  4. Kata Laluan : Masukkan kata laluan pilihan anda. Kata laluan ini akan digunakan bersama dengan 'Nama Pengguna' untuk tujuan akses ke Laman Web Warisan Senin-Khanipah ini kemudiannya.
  5. Sahkan Kata Laluan : Masukkan kata laluan yang sama seperti tadi. Pastikan ianya sama.

LANGKAH 4 | Klik pada butang Pendaftaran.

LANGKAH 5

Tahniah, anda berjaya!

Sekiranya anda mengikut cara-cara pendaftaran yang betul, anda akan nampak pernyataan di atas sebaik sahaja menekan butang Pendaftaran.

LANGKAH 6

Pastikan!

Sistem akan menghantar satu e-mel, memaklumkan permohonan pendaftaran anda dan meminta untuk klik pada pautan yang disediakan bagi memastikan individu yang membuat pendaftaran adalah anda. Ini adalah sebagai langkah keselamatan kerana dikhuatiri pendaftaran tersebut berniat tidak baik.

Hadis Nabi

"Aku telah mendapat seorang anak, kemudian aku membawanya kepada Nabi SAW. Baginda menamakannya Ibrahim, lalu mentahnikkannya (memecahkan mulutnya) dengan sebiji kurma."

Hadis riwayat Abu Burdah daripada Abu Musa r.a.

053954
Hari ini
Semalam
Minggu Ini
Bulan Ini
Bulan Lalu
Sehingga kini
8
24
32
226
1378
53954

IP Anda : 54.92.194.75
11-12-2017 09:48

Kami mempunyai 4 pengunjung dan tiada ahli dalam talian

Go to top