Tindakan : SELURUH AHLI WSK

Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk menulis artikel di Laman Web Rasmi WSK ini.

Langkah 1 : LOGIN AHLI | Masukkan Nama Pengguna dan Kata Laluan yang tepat. Klik pada butang "LOG MASUK".

Langkah 2 : Klik pada menu HANTAR ARTIKEL di panel MENU PENGGUNA. Hanya ahli sahaja yang boleh melihat menu ini.

Langkah 3 : Taipkan TAJUK ARTIKEL | Sebaiknya tajuk adalah ringkas dan tepat.

Langkah 4 : Taipkan isi artikel di ruang yang disediakan seperti di bawah. Sebaiknya artikel hendaklah ditaip terlebih dahulu menggunakan notepad atau words kerana dikhuatiri akan kehilangan teks yang anda tulis kerana sistem ini telah menghadkan tempoh tanpa aktif selama 15 minit sebelum sistem akan secara automatik LOG KELUAR.

Langkah 5 : Sekiranya artikel yang ditulis adalah panjang melebihi empat (4) baris dan mahu disiarkan di halaman hadapan, sila masukkan GARISAN MERAH di antara BARIS 4 dan BARIS 5 dengan mengklik butang "READ MORE" atau "BACA LAGI" yang terletak di bahagian bawah. Sebaiknya pisahkannya menggunakan perenggan satu dan perenggan 2.

Langkah 6 : Pilih SECTION / SEKSYEN


Langkah 7 : Pilih CATEGORY / KATEGORI

Langkah 8 : Papar Muka Hadapan - YA atau TIDAK.

  • Sekiranya anda memilih "YA", artikel anda boleh dilihat di halaman hadapan dan dalam ruangan sama ada berdasarkan seksyen atau kategori.
  • Sekiranya anda memilih "TIDAK", artikel anda hanya boleh dilihat melalui ruangan sama ada berdasarkan seksyen atau kategori.

Langkah 9 : Alias Pengarang | Sekiranya anda mahu menggunakan 'nama pena' untuk hasil penulisan anda sila isikan 'nama pena' di kotak ini.

Langkah 10 : Mula Terbitan | Tarikh yang anda mahu artikel diterbitkan. Secara lalai (default) tarikh artikel ditulis akan secara automatik tertera. Anda boleh merancang penerbitan menggunakan kaedah ini.

Langkah 11 : Selesai Terbitan | Tarikh yang anda mahu artikel tidak diterbitkan. Secara lalai, setiap artikel akan terus diterbitkan.

Langkah 12 : Tahap Capaian | Sekiranya artikel yang ditulis boleh dilihat oleh umum, pilih pada UMUM. Tetapi sekiranya artikel tersebut untuk bacaan ahli keluarga sahaja, sila pilih ISTIMEWA dan JANG AN PILIH BERDAFTAR.

Langkah 13 : Klik butang SIMPAN / SAVE

*Bebutang di atas adalah dari komputer Apple dan ia mungkin berbeza dengan pengguna komputer Windows, Linux dan lain-lain.

Hadis Nabi

"Aku telah mendapat seorang anak, kemudian aku membawanya kepada Nabi SAW. Baginda menamakannya Ibrahim, lalu mentahnikkannya (memecahkan mulutnya) dengan sebiji kurma."

Hadis riwayat Abu Burdah daripada Abu Musa r.a.

053960
Hari ini
Semalam
Minggu Ini
Bulan Ini
Bulan Lalu
Sehingga kini
14
24
38
232
1378
53960

IP Anda : 54.92.194.75
11-12-2017 09:50

Kami mempunyai 9 pengunjung dan tiada ahli dalam talian

Go to top