Tindakan : WARGA WSK
Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk memuatnaik imej/foto ke laman web ini.
Langkah 1 : LOGIN PENTADBIR melalui pautan DISENGGARA di bahagian bawah web ini.
Langkah 2 : Taipkan 'User Name' dan 'Password' dalam kotak yang tersedia. Klik pada perkataan/butang 'Log In'.
Langkah 3 : Gerakkan/lalukan tetikus pada perkataan 'Content' dan akan tertera menu seperti di bawah. Kemudian pilih/klik pada perkataan 'Media Manager'.
Langkah 4 : Akan kelihatan dua bahagian di kanan dan di kiri. Lihat menu di bahagian kiri dan pilih/klik pada perkataan 'stories' dan akan tersenarai 'folder' imej yang ada didalamnya. Secara automatik akan tersenarai juga senarai 'folder' di bahagian sebelah kanan.
Langkah 5 [TAMBAH FOLDER BARU] : Taipkan nama 'folder' di dalam kotak kosong sebelah kanan sekali dengan format tahun-aktiviti-tersebut tanpa ada ruang kosong dari mula hingga akhir. Hanya tanda '-' dan '_' saja dibenarkan.
Contoh nama folder:
Klik pada kotak "Create Folder".
Makluman seperti di bawah akan tertera jika cubaan di atas berjaya.
Langkah 6 [MUATNAIK/UPLOAD IMEJ] : Lihat menu di sebelah kiri dan klik pada 'folder' yang baru ditambah tadi. Akan tertera isi dalam 'folder' tersebut di ruang sebelah kanan.
Langkah 7 : Klik butang 'Browse' dan pilih gambar/imej yang anda ingin muatnaik. Boleh pilih lebih dari satu imej/fail tetapi saiz keseluruhannya hendaklah tidak melebihi 10 MB dalam satu-satu masa. Kemudian klik 'START UPLOAD'.
Langkah 8 : Klik BERJAYA MUATNAIK/UPLOAD
*Bebutang di atas adalah dari komputer Apple dan ia mungkin berbeza dengan pengguna komputer Windows, Linux dan lain-lain.