Allahyarham Senin bin Ahmad, adalah berasal dari Pulau Jawa, Indonesia. Beliau bersama-sama ibu, abangnya (Sadin bin Ahmad), dan beberapa ahli keluarga yang lain, telah meninggalkan Pulau Jawa dan datang ke Tanah Melayu kira-kira pada tahun 1910.

Pada mulanya mereka bekerja di sebuah ladang yang dikenali sebagai Ladang Berohol (kini Ladang Lanaderon) yang terletak beberapa kilometer dari persimpangan toll PLUS Pagoh; berhampiran juga dengan Pekan Panchor, Muar.

Carta Keluarga

Setelah beberapa tahun bekerja di ladang tersebut beliau berhijrah pula ke Jementah bersama dengan ibu dan abangnya. Di situlah beliau bertemu jodoh dengan Khanipah binti Mustaffa sementara abangnya, Sadin berkahwin dengan Siti binti Mustaffa, iaitu kakak kepada Khaniffah binti Mustaffa. Ahli-ahli keluarganya yang lain ramai yang menetap di Kampung Sungai Ranggam, kira-kira 5km dari Pekan Panchor.

Oleh kerana Allahyarham Ithnain seorang yang pendiam dan tidak suka menceritakan kisah peribadinya, maka tidak banyak yang dapat diketahui mengenai dirinya.

Hadis Nabi

Abu Daud meriwayatkan daripada Abu Darda r.a. bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, maksudnya:

"Sesungguhnya pada hari kiamat kelak, manusia akan dipanggil mengadap Allah SWT dengan nama masing-masing dan nama bapa masing-masing (sepertimana nama di dunia). Oleh itu, pilihlah nama yang baik-baik untuk kamu sekalian."

Kami mempunyai 17 pengunjung dan tiada ahli dalam talian

Go to top