Laman Warisan Senin-Khanipah (LWSK) terletak di atas sebidang tanah pusaka yang kini dimiliki oleh Dato' Haji Ahmad Pardas bin Hj Senin, anak bongsu dari sebelas orang adik beradik. LWSK ditadbir oleh satu jawatankuasa khas di bawah kelolaan Jawatankuasa Induk Warisan Senin-Khanipah.

Tujuan utama LWSK dibangunkan adalah untuk menjadikannya sebagai pusat berkumpul seluruh ahli Warisan Senin-Khanipah yang ketika ini melebihi 250 orang kesemuanya.

Komponen utama LWSK adalah sebuah dewan (Dewan Warisan Senin-Khanipah) yang serba lengkap, sebuah surau (Musollah Ahmad Ghazali), sebuah wakaf (Wakaf Wak Doli) dan sebuah rumah kediaman (Rumah Embah). Komponan lain termasuklah tapak perkhemahan, kolam ikan, dusun buah-buahan dan kebun kelapa sawit (dahulu kebun getah).